Create a free blog, web site, photo album, guestbook, earn money, share things with your friends!
Login | Sign Up 
Welcome to dzurini's website!

07032008


“ku temui jalan pulang” antalogi kisah benar remaja puteri RAUDHATUS SAKINAH…ini lah buku yang aku baca beberapa hari ni. Aku tertarik dengan buku ini selepas melihat seorang sahabatku membacanya. Aku pinjam buku ini darinya, tetapi buku ini bukan milik dia, tapi milik seorang lagi sahabatku..

Buku ini mangandungi 22 bab dan sekarang aku sudah selesai baca sehingga bab 15. Mungkin malam ni, aku akan menghabiskan kesemua bab dalam buku ni.

Banyak yang dapat aku belajar daripada buku ni. Sedih sangat bila teringat balik kisah2 anak gadis yang telah terlanjur dalam hidup mereka. Tapi Alhamdulillah, mereka adalah dari golongan yang bertuah kerana Allah masih sayangkan mereka dan selamatkan mereka dari terus-menerus melakukan kerja2 kotor ini. Alhamdulillah mereka masih diberi peluang untuk bertaubat dan menebus kembali kesilapan mereka.

“Rupa-rupanya banyak perkara dalam kehidupan ini yang telah ku tinggalkan. Perkara yang menjadi kewajipan sebagai seorang Islam telah lama tidak ku laksanakan. Di Raudhatus Sakinah, aku mula belajar dan mengamalkan kembali tuntutan-tuntutan agama terhadapku. Aku benar-benar insaf. Kepada kawan-kawan di luar sana, jagalah maruah kewanitaan kalian dengan sebaik-baiknya. Seorang lelaki jarang akan bertanggungjawab apabila dia sudah melakukan perzinaan dengan seorang wanita. Akhirnya wanita jugalah yang akan menanggung kesannya sampai bila-bila. Berwaspadalah!”

Ini adalah antara kata-kata yang ku ambil dalam buku ini. Semoga kita dapat mengambil iktibar daripada kisah-kisah yang diceritakan oleh penghuni Raudhatus Sakinah. Jadikan kisah ini sebagai pengajaran untuk kita dan juga sahabat-sahabat kita.


Date: 07 March 2008, Friday
Comments (0) | Add Comment



Comments (0)

Add a new comment:
Name:
E-Mail:
Your website (if you have):
Your Message:
Security Code: